Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Barangsiapa yang mengabaikan solat , maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 seksaan kea atasnya. "

3 darinya akan dirasainya semasa di dunia , antaranya;
1) Allah S.W.T akan menghilangkan berkat darai usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya .
2) Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3) Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

3 darinya ketika hendak mati , antaranya;
1) Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2) Dia akan merasa amat pedih ketika roh dicabut keluar
3) Dia kan dirisaukan akan hilang imannya.

3 darinya ketika di dalam kubur , antaranya;
1) Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2) Kuburnya akan menjadi cukup gelap
3) Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul

3 darinya di hari kiamat , antaranya;
1) hisab di atasnya menjadi sangat berat
2) Allah S.W.T sangat murka kepadanya
3) Di seksa di dalam api neraka


Semoga nukilan ini akan dapat menyedarkan diri saya dan semua pembaca agar memelihara solat ....


Ya Tuhanku... ampunilah dosaku ... terimalah taubatku.....

Asma ul husna

Doa pagi

Doa taubat

Doa Qunut dan terjemahan Bahasa Melayu

Selawat Syifa

Zikir Munajat

Zikir

Movie- Taubat